songs

Monday, 29 February 2016

Minggu 2 : Komunikasi Data

Bismillahirrahmanirrahim 

Data 
Data yang telah diproses, disusun, disimpan dan akan digunakan untuk mendapat maklumat.

Data Komunikasi 
Proses maklumat perubahan dalam bentuk data digital (binari) di antara dua atau lebih peranti yang menggunakan sistem penghantaran elektronik.

 Jenis-jenis signal 

1. Analog 
> seperti suara manusia
>  terdapat 2 parameters
kekerapan: beberapa kitaran gelombang lengkap
- amplitud : gelombang ketinggian yang diukur dalam volt (V) atau desibel (dB)

2. Digital 
> Proses perubahan
- analog kepada digital : modulasi
- digital kepada analog : penyahmodulatan


contoh signal analog dan digital
Skim Coding Standard
1. Extended Binary Coded Decimal Interchange Code (EBCDIC)
2. American Standards Committee for Information Interchange (ASCII)

Mod Penghantaran Data
1. Penghantaran Selari
- 8 bit = 1 byte

2. Penghantaran siri
- agak lambat berbanding penghantaran selari



3 Mod Penghantaran Siri

1. Penghantaran Segerak 
- pada masa yang sama dan mempunyai masa 

2. Penghantaran Asynchronous 
- pada masa yang berbeza dan mempunyai masa yang panjang

3. Penghantaran Isonkronous
- data di hantar pada masa yang sama 
- cth : video / music




Aliran Penghantaran Data 

1. Simplex 
-  Komunikasi satu hala 
- Tidak boleh memberi maklum balas ( Feedback )

Radio
2.  Half Duplex 
- Komunikasi dua hala 
- Bukan pada masa yang sama
- Satu stesen akan menghantar maklumat ke stesen yang lain tanpa gangguan.

Walkie -Talkie

3. Full Duplex 
- Data boleh dihantar kedua-dua arah pada masa yang sama 
- Kedua-dua stesen boleh menghantar dan menerima maklumat serentak.
Telefon



Pemampatan Data 
- Pengekodan maklumat yang menggunakan bit yang sedikit.
- Ia sangat berguna dalam komunikasi kerana ia membolehkan peranti untuk menghantar     atau menyimpan jumlah yang sama di dalam bit yang sedikit.
- cth : ARC , ZIP 


Setelah selesai pembelajaran tersebut, Dr meminta saya untuk membuat  peta minda menggunakan aplikasi MINDOMO. Di bawah ini merupakan hasil peta minda yang saya buat :)


Secara keseluruhannya, pada pembelajaran kali ini, saya dapat mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis signal yang terdapat dalam komunikasi data ini. Seterusnya, dapat mengetahui aliran penghantaran data iaitu simpex, half duplex dan full duplex.

Sekian Terima Kasih :)


Tuesday, 23 February 2016

Pengenalan Kepada Komunikasi

Bismillahirrahmanirrahim.

Image result for senyum
Pada minggu ini, mulalah sesi pembelajaran kelas 'Telekomunikasi dan Rangkaian' yang bertempat di C14-420 ( tempat kelas multimedia sem lepas ). Apa yang saya mahukan dalam kelas ini ialah , saya berharap dapat belajar dengan lebih mendalam dalam bidang IT. Seterusnya Dr serta rakan-rakan dapat memberi tunjuk ajar yang baik dan memberi komitmen yang tinggi pada setiap orang.
Kelas ini relevan kerana pelajar kini hanyalah pandai menggunakannya tetapi tidak tahu cara yang betul untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Justeru saya berharap segala pembelajaran tersebut saya dapat menilai dan memanfaatkan dalam diri.
Dalam kelas ini, saya akan didedahkan dengan penggunaan IT secara meluas dan mengetahui segala yang terkandung di dalamnya


Selepas sesi perkenalan, Dr mulakan sesi pembelajaran yang pertama iaitu "Pengenalan Kepada Komunikasi". Setahu saya komunikasi ini berbual antara satu sama lain. Namun, ianya terdapat beberapa saluran sebelum disampaikan kepada penerima.



  
Manakala Telekomunikasi membawa maksud komunikasi eletronik jarak jauh yang menggunakan radio, televisyen dan sebagainya sebagai saluran tersebut. Jika diimbas kembali, terdapat banyak teknologi komunikasi dan komputer yang sudah diperkenalkan sejak awal 60-an dan kini pelbagai inovasi teknologi diwujudkan dengan pelbagai aplikasi yang canggih.
Elemen komunikasi



Pada masa yang sama juga, saya juga mempelajari..

Elemen Komputer dan Teknologi Komunikasi
1. Orang
 - 2 kategori - professional & 'end user'                    

 - elemen yang paling penting untu menganalisis dan membangunkan sesuatu sistem.


2. Prosedur
 -spesifikasi siri tindakan, bertindak atau operasi yang perlu dilaksanakan dengan cara yang sama  untuk mendapat keputusan yang sama dalam keadaan yang sama.

3.Data / Informasi
 -  maklumat yang menarik dan data perkataan membayangkan binari 
 -  data yang dirumuskan untuk mendapat keputusan.                                                        

4. Perkakasan 
- segala objek fizikal yag merupakan sebahagian daripada sistem komputer .  
- 5 kategori : input, proces, output, storage, communication
            
 5.Software
-  2 jenis - 'operating sistem' &  perisian aplikasi  
  
6.Komunikasi
 -  penghantaran data   

-----------------------------------------------------------------TAMAT -----------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, selesai sudah topik pada minggu pertama. Saya berharap segala apa yang diajar saya dapat menerapkan dalam diri serta mengaplikasikan dalam kehidupan. 
Saya juga berharap pada minggu seterusnya sayad apat memahami dengan dengan lebih baik dan Dr Dayana memberi tunjuk ajar yang berkesan kepada saya serta rakan-rakan yang lain.

Akhir kata , terima kasih yang sudi membaca ! Harap maaf jika terdapat bahasa yang kurang jelas dan tidak faham ( maklumla baru 'first time; buat ). okay bye semua :)