songs

Sunday 29 May 2016

Blossom Videos

Minggu ke 15, minggu terakhir sebelum Final nanti *juga merupakan blog yang terakhir .
pejam celik pejam celik Exam is around the corner !!! Masa berlalu amat pantas, rasa baru semalam naik sem dua, cehhhh *mata ke atas

Ok baiklah, minggu ini Dr Dayana menayangkan BLOSSOM VIDEOS tentang rangkaian topologi. Tapi, tapi tapiii, sebelum itu Dr memberikan tips dan format untuk exam nanti *belum bersedia

Video ini bertujuan untuk mengajar pelajar-pelajar tentang perbezaan topolgi dan bagaimana ia berfungsi. Pendekatan yang digunakan adalah sangat berhubung kait dengan pengetahuan umum tentang majlis perkahwinan dan budaya Melayu. Dalam video ini juga pelajar dapat mengaitkan perbuatan menghantar makanan dan kaedah pemindahan data dalam setiap jenis topologi.

Pada akhir pembelajaran ini, Dr meminta setiap kumpulan untuk berlakon semula mengikut topologi yang ditayangkan. Bagi saya, tayangan video ini sangat membantu saya untuk lebih memahami topik ini,

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan, ribuan terima kasih kepada Dr Dayana & Dr Affendy yang sanggup mengajar dan melayan karenah kelas SPPS, tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan. Semoga kita sama-sama sukses dan mendapat A dalam Telekomunikasi dan Rangkaian.

TERIMA KASIH SEMUA 

Akhir kata, saya sayang kalian semua :)


Social Ethics and Legal Issues

Minggu ini saya mempelajari Social Ethics and legal Issues . saya kurang faham pada mulanya tapi saya cuba untuk faham dengan baik sebab final dah nak dekat , sob sob !


Apa itu Intellectual Property Rights ?
  •  hak-hak undang-undang yang mencipta intellectual property
3 Jenis Intellectual Property Rights

 a. Copyrights ( Hak Cipta )
  • Hak cipta adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik hak cipta untuk tempoh tertentu.
  • Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. 

b. patent
  • Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu reka cipta, sama ada produk atau proses yang menyediakan cara yang baru untuk melakukan sesuatu, atau menawarkan penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.

     Bagaimana patent atau utiliti dilindungi?

  • Pemohon mesti memfailkan inovasi paten atau utiliti permohonan dengan Perbadanan Harta Intelek
  • Malaysia yang akan menilai sama ada ia memenuhi syarat-syarat daripada Akta Paten 1983.

c. trademark

  • Trade Mark  adalah tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga dengan peniaga yang lain.
  • terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf dan nombor
  •  digunakan sebagai alat pemasaran untuk membolehkan pengguna mengenali seseorang peniaga tersebut.

Undang-undang Siber di Malaysia 
a. Digital Signature Act 1997

  • memperuntukkan pelesenan dan pengawal seliaan SijilPihak Berkuasa / Certification Authorities (CA )
  • Akta ini juga membuat tandatangan digital sebagai undang-undang sah dan boleh dikuatkuasakan dengan tradisional tandatangan.
b. Computer Crime Act 1997
  •  kesalahan 
          1. cuba untuk masuk ke dalam komputer dan sistem komputer tanpa kebenaran
          2. merosakkan atau mengubah data di dalam komputer dengan planting virus dan lain-lain
          3. memberikan kata laluan kepada orang-orang yang tidak berhak. 

c. The Copyright (Amendment) Act 1997
  • untuk melindungi ungkapan pemikiran dan idea daripada disalin atau diubah
  • untuk memanjangkan copyright law kepada persekitaran multimedia yang baru dan tertumpu.
d. The Electronic Government Activities Act 2007
  • Untuk memudahkan penghantaran secara elektronik oleh perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai.
Perisian Cetak Rompak  dan pemalsuan Digital 
  • Membuat pendua  perisian /  digital item dan menjual / menggunakan mereka sebagai benda sahih
Di akhir pembelajaran, Dr Affendy meminta semua pelajar untuk membuat Forum secara individu dengan membincangkan tentang Network Security dan topik hari ini dan saling membalas pendapat masing-masing. Ia juga merupakan carry mark untuk final nanti :)

sekian sahaja daripada saya


Basic Web Development

*FINAL WEEK*
normal la kan buat kerja time-time macam nih. baru rasa ada mood nak update blog setelah sesesesekian lama tak buka :)

ok baiklah, hari ini saya ingin berkongsi satu topik iaitu Basic Web Development. topik ini diajar oleh Dr Affendy, agak menarik dan saya faham dengan satu persatu.
Apa itu HTML ?

  • singakatan kepada Hypertext Markup Language
  • fail HTML adalah fail teks yang mengandungi markup tag yang kecil 
  • markup tag memberitahu pelayar web bagaimana untuk memaparkan halaman
  • fail HTML mesti mempunyai fail htm / html sambungan 
  • fail HTML boleh dicipta menggunakan simple text editor 
HTML EDITOR 
FrontPage
Dream Weaver  
Claris Home Page
Adobe PageMill 

seterusya, Dr menunjukkan beberapa cara untuk membuat HTML. 
Antaranya ialah :-

1.  heading mengikut saiz besar kepada kecil

   <BODY>
   <H1>Level 1 Heading</H1>
   <H2>Level 2 Heading</H2>    
   <H3>Level 3 Heading</H3>
   <h4>Level 4 Heading </H4>

2. center kan ayat 

    <BODY>
    <P align=center>
    this is a centered paragraph 
    </p>
    </BODY>

3.  menukar warna tulisan 

    <BODY>
    <CENTER>
    untuk set center
    <P>
    <FONT color=blue>
    xxxxxx
    </FONT>
    </CENTER>
    </BODY>

4.  menukar background dan text
    <BODY bgcolor=black text=white
    <H1>I am Milia</H1>
    </BODY>

anda boleh mencuba HTML Tutorial dengan mengklik link di bawah ini


TERIMA KASIH :)