songs

Sunday, 29 May 2016

Social Ethics and Legal Issues

Minggu ini saya mempelajari Social Ethics and legal Issues . saya kurang faham pada mulanya tapi saya cuba untuk faham dengan baik sebab final dah nak dekat , sob sob !


Apa itu Intellectual Property Rights ?
  •  hak-hak undang-undang yang mencipta intellectual property
3 Jenis Intellectual Property Rights

 a. Copyrights ( Hak Cipta )
  • Hak cipta adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik hak cipta untuk tempoh tertentu.
  • Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. 

b. patent
  • Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu reka cipta, sama ada produk atau proses yang menyediakan cara yang baru untuk melakukan sesuatu, atau menawarkan penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.

     Bagaimana patent atau utiliti dilindungi?

  • Pemohon mesti memfailkan inovasi paten atau utiliti permohonan dengan Perbadanan Harta Intelek
  • Malaysia yang akan menilai sama ada ia memenuhi syarat-syarat daripada Akta Paten 1983.

c. trademark

  • Trade Mark  adalah tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga dengan peniaga yang lain.
  • terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf dan nombor
  •  digunakan sebagai alat pemasaran untuk membolehkan pengguna mengenali seseorang peniaga tersebut.

Undang-undang Siber di Malaysia 
a. Digital Signature Act 1997

  • memperuntukkan pelesenan dan pengawal seliaan SijilPihak Berkuasa / Certification Authorities (CA )
  • Akta ini juga membuat tandatangan digital sebagai undang-undang sah dan boleh dikuatkuasakan dengan tradisional tandatangan.
b. Computer Crime Act 1997
  •  kesalahan 
          1. cuba untuk masuk ke dalam komputer dan sistem komputer tanpa kebenaran
          2. merosakkan atau mengubah data di dalam komputer dengan planting virus dan lain-lain
          3. memberikan kata laluan kepada orang-orang yang tidak berhak. 

c. The Copyright (Amendment) Act 1997
  • untuk melindungi ungkapan pemikiran dan idea daripada disalin atau diubah
  • untuk memanjangkan copyright law kepada persekitaran multimedia yang baru dan tertumpu.
d. The Electronic Government Activities Act 2007
  • Untuk memudahkan penghantaran secara elektronik oleh perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai.
Perisian Cetak Rompak  dan pemalsuan Digital 
  • Membuat pendua  perisian /  digital item dan menjual / menggunakan mereka sebagai benda sahih
Di akhir pembelajaran, Dr Affendy meminta semua pelajar untuk membuat Forum secara individu dengan membincangkan tentang Network Security dan topik hari ini dan saling membalas pendapat masing-masing. Ia juga merupakan carry mark untuk final nanti :)

sekian sahaja daripada saya


No comments:

Post a Comment