songs

Friday 18 March 2016

Menghubungkan Rangkaian ( Bahagian 1 )

Bismillahirrahmanirrahim .
Dah minggu kelima baru kalot nak buat BLOG *padan muka

HAI. Minggu Ketiga, Dr Dayana telah memulakan pembelajaran beliau yang bertajuk "MENGHUBUNGKAN RANGKAIAN" - bahagian 1.
Dalam pembelajaran ini, beliau telah menerangkan satu persatu dan saya dapat memahami dengan lebih terperinci.

Okay, untuk permulaannya saya mempelajari  PERBEZAAN antara rangkaian yang berwayar dengan tanpa wayar.
Salah satunya ialah rangkaian berwayar secara fizikalnya disambung menggunakan kabel manakala tanpa wayar pula menggunakan isyarat untuk memindahkan data.
Secara keseluruhannya, rangkaian tanpa wayar banyak kelebihan dan mudah digunakan.

Rangkaian Berwayar 

Kabel merupakan medium di mana selalunya maklumat biasanya akan bergerak daripada satu rangkaian peranti kepada yang lain.

Jenis-jenis kabel

1. Kabel sepaksi ( Coaxial cable )
- membawa jumlah yang besar untuk penghantaran video dalam satu masa.
- perisai wayar jalinan untuk menghalang isyarat elektromagnetik daripada memasuki kabel.



2.Kabel Gentian Optik ( Fibre Optic Cable )
- dapat menghantar isyarat dengan lebih banyak berbanding Coaxial dan UTP.
- menghantar cahaya untuk menghapuskan masalah gangguan eletrik.


3. a) Unshielded Twisted Pair ( UTP )
- mempunyai 4 pasang wayar di dalam jaket.
- keburukan : gangguan kekerapan ( frequency ) eletrik.


3. b) Shielded Twisted Pair ( STP )
- shielding untuk membantu menyediakan komunikasi data yang boeh dipercayai
- keburukan : lebihan shielding akan menyebabkan bertambah besar

                




Penyambung Kabel

1. Penyambung kabel sepaksi ( Coaxial cable connector )
- jenis :  Bayonet-Neill-Concelman (BNC) 

BNC
2. Penyambung kabel gentian optic ( Fibre Optic cabe connector )

ST&SC
3. Penyambung kabel UTP
- Registered Jack-45


 RJ-45
Selain mempelajari kabel-kabel ini, saya juga dapat tahu jenis kabel yang digunakan bagi setiap topologi-topologi tersebut.

Topologi dan Kabel
Bukan itu sahaja, dalam tajuk ini, Dr menerangkan Perkakasan yang diperlukan untuk melaksanakan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.

Perkakasan

1. File Server
- komputer yang sangat cepat
- mempunyai jumlah RAM dan ruang penyimpanan yang besar
- contoh :


2. Workstation
- komputer yang telah digabungkan kepada rangkaian
- contoh :

3.  Network Interface Card (NIC)
- menyediakan sambungan fizikal antara rangkaian daan stesen kerja komputer.
- menentukan kelajuan & pencapaian sesuatu rangkaian
- contoh :
  Ethernet cards, 
  LocalTalk connectors 
  Token Ring cards.

NIC
4. Concentrator/ Hubs
- merupakan titik sambungan tengah.
- menghantar semua data yang diterima kepada nod yang dihubungkan dengan hub
- digunakan dalam rangkaian besar iaitu 50 pengguna


5. Switch
- berfungsi sama seperti Hub akan tetapi mempunyai perbezaan iaitu cara penghantaran data.
- digunakan dalam rangkaian kecil iaitu kurang 30 pengguna


6. Repeater
- menguatkan isyarat yang telah diterima 


7. Bridges


8. Routers
- sambungan yang digunakan untuk rangkaian yang berbeza 
- sama seperti superintelligent bridge




Dan akhirnya selesai sudah topik pada minggu ini. 

Image result for muka bahagia clipart
hm, ingat dah boleh balik awal, huhu 
tapi
ada tugasan yang perlu diselesaikan
Untuk aktiviti kelas pada kali ini, semua pelajar diminta untuk membina satu model yang hanya terdiri daripada beberapa komponen rangkaian sahaja. 
Jadi, inilah hasilnya :)
Model
SEKIAN sahaja untuk kali ini. TERIMA KASIH




No comments:

Post a Comment