songs

Saturday 19 March 2016

Rangkaian Komputer

Image result for assalamualaikum clipart

HAI ! *harini macam semangat sikit ( terlebih happy )

sebab apa spongebob ? sebab mama saya suka tengok kartun spongebob 
Baiklah, untuk topik kali, saya telah mempelajari " RANGKAIAN KOMPUTER''. Agak menarik dan banyak input yang saya dapat pelajari.

 
  • Rangkaian Komputer  merupakan koleksi komputer dan peranti perkakasan lain supaya pengguna dapat berkongsi data, perisian dan juga berkomunkasi antara satu sama lain secara eletronik.
  • Antaranya ialah : perkakasan komputer, media penghantaran untuk memberi isyarat & perisian
Terdapat 3 jenis rangkaian yang perlu diketahui iaitu LAN, MAN & WAN.

1. Local Area Network , LAN
- meliputi kawasan yang agak kecil
- membenarkan pertukaran fail, emails, perkongsian printer / mengakses internet
- eg : rumah, sekolah & bangunan pejabat 


                                                    

2.   Metropolitan Area Network ( MAN )
- kawasan bandar atau negara

                                                   


 3. Wide Area Network ( WAN )
- meliputi kawasan yang luas
- membenarkan perniagaan menjalankan fungsi dengan berkesan tanpa mengira lokasi 



Seterusnya, Komponen Rangkaian 

1. Hots / End Nodes
- merujuk kepada sumber data dan destinasi data
- eg : Komputer peribadi, Terminals, Workstation & ATM

2. Penghantaran Media ( Transmission Media )
- untuk penghantaran data dan mengawal isyarat
- menghantar data melalui media
- ia boleh disempadani ( berwayar ) ataupun sebaliknya.

3. Rangkaian alat elektronik ( Network Eletronic Devide )
- untuk mengawal data daripada sumber kepada destinasi
- untuk menghubungkan komputer / rangkaian kepada internet
- eg : Bridges, Routers & Hubs

4. Aplikasi ( Application / Software )
- melibatkan teknik dan protokol
- protokol : menentukan undang-undang dan prosedur
- perisian : memastikan data dihantar ke destinasi masing-masing
- mengawal penghantaran data

5.  Network Architecture Standard & Protocol
-  membolehkan perkakasan yang dibuat oleh beberapa syarikat untuk berkomunikasi
- eg : Ethernet & Wi-Fi
- 2 jenis 
  • Client / Server : upload
  • Peer to Peer Network : iTunes, Bluetooth
Rangkaian Topologi

 1. Fizikal Topologi : cara peranti rangkaian disusun dan bagaimana mereka berkomunikasi & cara stesen kerja berhubung dengan ragkaian melalui kabel yang menghantar data

- Terdapat 5 jenis iaitu :-

a ) Linear Bus 
- mempunyaii titik tengah di mana semua peranti dihubungkan
- memerlukan terminator
eg : Ethernet & Local Talk

b ) Ring
- setiap sistem dihubungkan dengan ' jiran' masing-masing dan membentuk ring
- ia juga dikenali sebagai " star-wired network "
- tidak memerlukan terminator
Image result for ring topology clipart

c ) Star
- semua peranti rangkaian dihubungkan secara terus ke Hub
Add caption
d ) A tree / Hybrid


e ) Mesh



Dan yang terakhir ialah Logikal Topologi iaitu bagaimana sistem-sistem tersebut berkomunikasi melalui fizikal topologi.

Terdapat 2 jenis iaitu :-

a ) Shared Media topologi
- kebaikan : siste tiada had untuk mengakses
- keburukan : terdapat pelanggaran sekiranya terdapat 2 sistem menghantar maklumat pada masa yang sama.
- eg : Ethernet

b ) Token Based topologi
- untuk melalui seluruh network
- kebaikan : mempunyai pemilikan token untuk berkomunikasi
- keburukan : kependaman
- eg : ring topologi

Untuk aktiviti tangan pada kali ini, Dr telah membahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membuat 'slide' mengikut topologi masing-masing. 
Kumpulan saya terdiri daripada Sharina, Atirah, Syamilia, Shahira dan Lieyana. Kami diberikan tajuk RING TOPOLOGY. Dr juga memperkenalkan Google Slide untuk membuat slide secara berkumpulan tidak kira di kita berada. Aplikasi ini mudah digunakan dan hasilnya lebih menarik. Tidak lupa juga, bukan sahaja dalam Facebook dapat 'chatting' malah dalam aplikasi ini juga kita dapat bersembang dengan rakan-rakan yang lain.

So, taraaaaaaa !! inilah hasilnya :) 

Apps Google Slide
Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Terima Kasih :)






No comments:

Post a Comment